Al-Kisah Baham Tanoh
.
“Kite berenti di Geting Sepoh dulu lah” ujar Abang Mie.
.
Abang Mie ataupun nama sebenar beliau Rozimi Omar adalah jurulatih basikal saya yang pertama. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab melatih saya pada peringkat awal. Sudah menjadi kebiasaan apabila kami menuju ke Kuala Lumpur untuk menyertai perlumbaan, kami akan berhenti di R&R Genting Sempah. Dulu-dulu perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur memang jauh dan lama, kalau tak silap dalam 7 ke 8 jam perjalanan. Kami biasanya bergerak lewat malam dari Dungun dan sampai sebelum subuh di Genting Sempah. Bolehlah berehat sebentar di kawasan parking tu sambil menghirup udara segar dan menikmati cuaca sejuk di kawasan tu. Memang seronok.
.
Selepas mandi dan selesai solat, kami isi perut. Biasa saya pilih makanan paling murah yang ada di situ. Nasi lemak bungkus satu bersama air milo panas. Lepas tu kami menuju ke kotaraya Kuala Lumpur. Abang Mie kata dia akan bawa kami semua ke Cerah. Saya pun tak tahu kat mana Cerah tu. Masuk je Kuala Lumpur, jalan penuh sesak.
.
“Ginilah kalu nok hidup di Kuale Lupor, jeng sokmo” kata Abang Mie.
.
Kami pun sampai ke destinasi yang kami tuju. Saya tengok tulisan di pagar stadium yang hendak kami masuki.
.
Velodrome Cheras
.
Abg Mie memberhentikan kereta dan parking berdekatan laluan untuk masuk ke dalam Velodrome tersebut. Kami berehat sebentar di dalam kereta.
.
Kelihatan segerombolan pelumba-pelumba basikal sampai. Nampak sangat segak semuanya. Jersey yang dipakai nampak berkualiti serta semua kelihatan seragam. Basikal mereka pula semuanya ganas-ganas. Membuatkan mulut saya ternganga dan kalaulah lalat masuk pun saya tak perasan time tu. Saya terkesima. Kalaulah aku dapat pakai basikal-basikal seperti diorang pakai tu. Basikal saya yang berada di atas kereta Abang Mie hanyalah basikal besi dan orang Terengganu kata berat nanang pulak tu. Shifter dia pun yang dekat frame(body) tu. Macam langit dengan bumi. Gerombolan yang baru sampai itu adalah pelumba-pelumba kebangsaan senior dan junior.
.
“Aku harap suatu hari nanti aku dapat jadi seperti sek-sek(kumpulan) ni” bisik saya kepada diri sendiri.
.
Kelihatan mereka semua mengambil sebuah basikal lain di dalam stor berdekatan dan terus menuju masuk ke dalam terowong untuk ke Velodrome. Mereka semua melakukan perkara yang sama tanpa ada sesiapa memberikan arahan. Seperti ianya sudah satu rutin.
.
“Okay jom amik barang-barang kite, lepah tu kite gi masuk Velodrome” kata Abang Mie.
.
Saya mengikut arahan dan kami berjalan memasuki terowong tersebut. Di penghujung sana, saya terpegun melihat akan sebuah Velodrome yang saya sebelum ini hanya mendengar melalui cerita dari Abang Mie. Cantik warnanya. Permukaannya oren dan mempunyai tiga garisan berbeza warna. Sebuah bulatan oval yang besar dan yang menariknya di kedua-dua penghujung itu ianya mempunyai curam yang tinggi yang kata Abang Mie ia dipanggil ‘Banking’.
.
“Kekgi mu nok kene kayuh atas ‘banking’ tu Jijoe, mu jangan kayuh slow pulok, baham tanoh kekgi” Abang Mie memberikan pesanan.
.
Tak ada sedikit perasaan takut dalam diri saya, yang ada hanyalah perasaan tidak sabar dan gembira. Pakaian sudah di tukar, kasut lusuh mountainbike spd cleat pun sudah siap di kaki (tu je kasut basikal yang saya ada) akan tetapi basikal trek nya tak ada. Yang dibawanya hanyalah basikal road besi berat nanang saya itu je. Saya nampak orang lain semua berkayuh basikal khas trek yang tak ada brek dan gear nye hanya satu.
.
“JIMIEEEE ASMARAA!! PORONGGG!!” jerit Abang Mat, mekanik team kebangsaan.
.
“Hor ambik basikal ni try tengok anok buoh mu padang dok. Hok ni size paling kecik ade, kalu dok padang gok, bahang tanoh!” tambah beliau lagi.
.
Abang Mat ataupun Mohd Shaari merupakan bekas pelumba Negeri Terengganu suatu ketika dahulu dan beliau menjadi mekanik pasukan kebangsaan pada ketika itu, dan yes beliau sudah tentu orang Terengganu juga. Nampak keakraban antara Abang Mat dan Abang Mie.
.
Saya pun pasang pedal mountainbike saya ke basikal trek tersebut dan cuba berkayuh. Ngam. Pertama kali berkayuh di Velodrome. Memang seronok dan saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk berkayuh di atas ‘Banking’ yang tinggi itu.
.
“Jijoe, aku nok mu buat molek lumbe ni, dok kire mu lawan sape ke, beso mane ke die, mu tunjuk sket ke sek-sek die. Mu jangan baham tanoh pulok” Abang Mie memberikan kata-kata semangat sebelum perlumbaan bermula.
.
Berbekalkan basikal pinjam, ntah apa mata gearing yang saya pakai, sepasang kasut lusuh mountainbike, helmet pun helmet mountainbike, saya ke garisan permulaan untuk memberikan cabaran kepada pelumba-pelumba kebangsaan. Mereka semua hebat-hebat. Kelengkapan pun hebat-hebat. Latihan pun hebat-hebat semuanya. Saya hanyalah seorang budak kampung, yang berlatih pun ala kadar sahaja itu pun berkayuh basikal mountainbike. Apa yang saya tahu, saya hanya mahu berlumba dan tonjolkan kemampuan sebenar diri saya.
.
Saya menang! Sungguh tak disangka. Saya mengejutkan ramai pihak dan ramai yang tertanya-tanya siapa budak kecil ni. Macam lipas kudung. Sebenarnya, saya pun tak sangka boleh menang. Ini lah perlumbaan paling memenatkan, maklumlah dekat kampung training naik turun bukit masuk belukar je.
.
“Ganah guh mu Jijoe, dok padang kecek mu ni. Lepah ni kalau mu boleh masuk sekoloh sukang bukit jalil jangan lupe Abang Mie pulok” seloroh Abang Mie kepada saya.
.
“Dok ah Abang Mie, Jijoe dok akan lupe Abang Mie selamanya. Kalu dok Jijoe baham tanoh” balas saya.
.
“Hahahahahahaha” kami berdua berdekah-dekah ketawa.
.
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
#AlFatihah #RozimiOmar #AbangMie
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過148萬的網紅Nikmatul Rosidah,也在其Youtube影片中提到,...
「nasi padang bungkus」的推薦目錄:
- 關於nasi padang bungkus 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於nasi padang bungkus 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
- 關於nasi padang bungkus 在 Professor Chef Zam Facebook 的最佳貼文
- 關於nasi padang bungkus 在 Nikmatul Rosidah Youtube 的最佳貼文
- 關於nasi padang bungkus 在 MUKBANG 2 BUNGKUS NASI PADANG - YouTube 的評價
- 關於nasi padang bungkus 在 "Break" Porsi Nasi Padang Lebih Banyak Kalau Dibungkus ... 的評價
- 關於nasi padang bungkus 在 nasi padang - Pinterest 的評價
nasi padang bungkus 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Nasi lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau!
===========================
Bisnes is about teamwork, bisnes is about helping others, bisnes is about berkongsi manfaat dengan seramai manusia.
Perasan tak? Orang yang mampu bina bisnes besar-besaran, dia tak bisnes sensorang diri dia. Dia ada team, ada franchise, ada stokist dan agen, ada branch, ada outlet.
Insiden di gerai nasi lemak pagi tadi membuatkan saya sedikit lagi nak tanya makcik tu "makcik tak pernah pergi MMM ke?" Tapi, nasib baik saya waras lagi.
Al kisahnya, ada gerai nasi lemak baru dibuka beberapa meter dari gerai makcik ni. Dan, isu makcik ni pulak, bila berniaga pagi-pagi proses nak membungkus nasi lemaknya adalah sangat perlahan. Saya, selaku pelanggan tetap setia menunggu sebab kesian dan takpe lah bagi chance...selain dari tu, sambal nasik lemaknya agak best dengan rasa masam manis dan warna yang merah pekat. Jadi, saya bagi markah lebih dan tak padang sangat slow motionnya. Bila saya ke gerai makcik tu pagi tadi, saya terkejut tengok mukanya yang muncung, sambil membebel-bebel. Cara dia cedokkan nasi lemak tu pun macam agak kasar.
So saya pun lihat dan cari punca kemuncungan makcik tu. Ooo...rupanya ada pesaing baru kat simpang sana, tak jauh dan hanya beberapa meter. Ramai pula orang beratur nak beli dari pesaing baru. Patutlah muncung.
Saya tak jadi beli. Tak tergamak tengok muncung dan nasi yang dicedok sambil merengus. Tu yang saya cakap, sikit lagi nak ajak dia pergi MMM. Tapi biarlah dulu..kita ajak dia ke IMKK dulu sepatutnya.
Saya terfikir, adakah peserta program Richworks dan anak didik Dr Azizan yang dah berjaya buat sales 5,6,7 angka sebulan tak gentarkan persaingan? Adakah mereka berniaga sorang diri dan boleh buat sehingga 6-7 angka sebulan? Merekalah keluarkan produk, merekalah ambik order, merekalah bungkus, merekalah pos...Gilalah kalau mampu, melainkan jika anda memang jual satu barang harga mencecah jutaan, mungkin boleh.
Orang yang ada ilmu pemasaran tak gentar dengan persaingan. Makin wujud pesaing, makin pesaing jadi hebat...dia akan buat lagi hebat. Mereka akan sentiasa cari jalan untuk jadi lebih baik, mereka bina team yang lebih kuat, mereka jelajah wilayah yang lebih besar. Anda rasa, kalau berniaga nasik lemak sensorang, dengan muncung tu dapat buat sales besar ke? Apa kata dia team up je dengan kedai nasi lemak baru, plan untuk promosi, tambah servis penghantaran, lajukan servis membungkus, dan macam-macam lagi boleh buat dengan skala lebih besar...
Kalau kita tengok bangsa lain, mereka boleh je buka kedai tayar sebelah kedai servis kereta, kedai komputer sebelah kedai repair komputer, saloon rambut sebelah kedai pedicure manicure, dan kita masih lagi di tahap nak buka kedai nasi lemak sebelah kedai nasi lemak. Sehingga mencetuskan peperangan kecil dia antara 2 jiwa penjual nasi lemak..kan stress hidup macam tu!
Dr Azizan kata pagi tadi kat kami " Mana ada orang main bola, semua nak jadi stricker, nak pergi perang kena ada bala tentera." Begitu juga nak berbisnes, kena ada team yang tahu halatuju bisnes, apa angka yang nak dicapainya, somebody must responsible to something!
Berniaga di tahap sekarang bukan setakat nasi lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau...Game plannya mesti lebih berstruktur, bersistem dan lebih besar. Angka dan nombor jadi target harian.
Saya ulang sekali lagi, bukan setakat nasi lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau...
Camon' semua! Anda dah tahu 101 Impian anda, anda dah tahu dengan berniaga boleh bantu anda capai kesemuanya, dan dah tahu anda perlu dan boleh bina bisnes sehingga jadi jutawan..
Jadi, adakah cukup setakat berbisnes dengan mindset nasik lemak aku lebih sedap dari nasi lemak kau...? It is all about bijaknya anda dalam pemasaran. Tepuk dahi dan fikirkan..
P/S: Gambar takde kena mengena dengan nasi lemak makcik tu...
#KauDahKenapa
#IMKKBORNEOMAC2017
#IMKKFEB2017
#TeamRichworks
www.marketingmastery.com.my
Kredit tulisan: Nani Yaacob
nasi padang bungkus 在 Professor Chef Zam Facebook 的最佳貼文
Nak mengenali negeri Terengganu dengan lebih dekat tapi tiada masa untuk bercuti di sana? Jangan risau. Dari hari ini 29hb Oktober - 2hb November 2015, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu mambawakan Terengganu kepada anda di Kuala Lumpur.
Bukan saja adat, budaya, permainan tradisi kampung, hiburan, produk-produk kraf tangan malah pelbagai peluang perniagaan juga ada di situ.
Kalau anda belum pernah atau memang 'hantu' nasi dagang, keropok lekor, akok, gulai kampung, ketupat sotong, bengkang lemak/manis, qasidah, pulut lepa, pulut gaul nyior, nasi kuning, che mek comel, nganang, kesuma hati dan macam-macam lagi kuih tradisi lama yang sukar didapati sekarang ini, ayuh kita ke Dataran DBKL pula untuk bergomol dengan semua itu di 'Terengganu Kitchen' . Nak bungkus boleh, nak makan di situ pun boleh kerana ada tempat makan yang amat selesa di sediakan untuk anda semua.
Selain itu, ada juga pertandingan memasak juadah tradisi negeri 'makang ikang' itu nanti. Demo masakan oleh saya bersama @arjalee & @fashasandha juga ada Sabtu & Ahad nanti.
Jaaaadiiiii....mari lah pakat gi rama-rama dinung kekgi deh? Hangkut sekali selagi ada kaum keluarga, sedara-mara, sahabat handai, ipar duai bagai. Kalau tergamak, seret sekali madu, bekas laki/bini, anak tiri, anak jiran, anak ayam segala. Cuma jangan bertinju ala WWE atas padang tu, sudah lah ye. Sayaaannnggg rumput Dataran tu kalau rosak nanti 😜😜😆😆😆😂😂💃💃👍💋💋❤️❤️👣👣
Booth @silverspoon_edu saya pun ada bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut peluang-peluang menceburi bidang seni kulinari & pastri/bakeri dan menjadi seorang chef/pengusaha makanan/katering terutamanya bagi lepasan PT3, PMR & SPM serta usahawan & suri rumah. Jumpa di sana ye 👍👍💋💋😍😍💥💥 #PesonaTerengganu #Terengganu #chefZam #silverspooninternationalcollege #ssic #nasidagang #keropoklekor #ketupatsotong #masak #pertandinganmemasak #ulikmayang #penyu
nasi padang bungkus 在 Nikmatul Rosidah Youtube 的最佳貼文
nasi padang bungkus 在 "Break" Porsi Nasi Padang Lebih Banyak Kalau Dibungkus ... 的推薦與評價
Namun, pemilik rumah makan Padang ingin orang-orang pribumi dapat menikmati juga masakan daerahnya sendiri. Maka, diakalilah dengan cara di bungkus. ... <看更多>
nasi padang bungkus 在 nasi padang - Pinterest 的推薦與評價
nasi padang, pap makanan, pap nongkrong Nasi, Padang, Ethnic Recipes, Quick. qxssuss. strawberry champagne. 16rb pengikut. Informasi lainnya. ... <看更多>
nasi padang bungkus 在 MUKBANG 2 BUNGKUS NASI PADANG - YouTube 的推薦與評價
MUKBANG 2 BUNGKUS NASI PADANG. 17,931 views17K views. Jun 2, 2022. 1K. Dislike. Share. Save. ZelaTV. ZelaTV. 191K subscribers. Subscribe. ... <看更多>